Pages

Filled Under:

Bilaa Allah Sentuh Hati Dengan Hidayah_Nya

Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa dan berhak memilih siapa sahaja hamba_Nya untuk di berikan hidayah, berjalan di jalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milik_Nya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dari_Nya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah di pilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.


Ya Allah, segala pujian hanya untuk_Mu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilih_Nya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untuk_Nya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah di ketuk hatinya dengan hidayah_Mu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. Andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayah_Nya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeda..!


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau karuniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang di murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. (Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).


Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..


Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan.


Bagi yang telah di beri pertunjuk oleh_Nya untuk berubah, teruskan istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah, dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat disana nanti, Aamiin..!!


Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa di uji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah senantiasa bersama :)


Insan sekeliling, ibu bapak, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum di sentuh, berdo'alah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayah_Nya.


Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah berubahlah sedikit-sedikit, dari sedikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang di larang, melakukan segala yang di kehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majelis ilmu serta terus memohon do'a kepada Allah agar di berikan hidayah, berdo'a dan terus berdo'a kepada Allah supaya di beri kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka " (QS 13:11)


Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayah_Nya, semoga Allah meRahmati kita semua, Aamiinn Ya Allah Ya Rabbal Allaamiin.

Wallahua'lam.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=409108042491956&set=o.331095033574539&type=1&relevant_count=1

0 komentar:

Post a Comment

Copyright @ 2013 dunia bugil islam.